Monday, January 7, 2013

Baru perasan, tahun 2012, langsung aku tak update blog ku yang bertuah nih...isk..isk..isk..kesian nye wahai dikau blog...mane tak nye asyik meracau kat FB je..

Ok, taun lepas aku agak aktif, ye la..dgn program ofis lagi...dgn program persatuan luaran lagi...dgn program family lagi...tapi aku sonok! 

Sebagai permulaan, aku nak crite sikit..persatuan yang aku join nih memperjuangkan nasib org melayu kita khususnya kat Sarawak..apa yang kurang, apa yang lebih..dorang cuba ketengahkan agar mendapat perhatian dari org "atasan"..di samping itu jugak, dorang cuba untuk mengetengahkan adat budaya orang melayu kita..macam kat sarawak, kalau dulu-dulu setiap kali majlis perkahwinan mesti ada acara bermukun/bergendang...sebagai hiburan tetamu yang datang bertandang...

So nak jadi cerita, tahun lepas diadakan Pertandingan Irama Mukun Gendang Melayu Sarawak pada 10.11.2012 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sarawak. Sebanyak 7 buah kumpulan yang ambil bahagian dalam pertandingan tu termasuk sebuah kumpulan dari Brunei Darulsalam..

Pemenang tempat pertama - dari Negara Brunei Darulsalam

Pemenang tempat ke-2 dari Petra Jaya, Kuching

Kumpulan ni pulak mendapat hadiah bagi Petandak Terbaik dan Pemantun Terbaik.

Well, cuma 3 video je sempat diambil hari tu, sb lepas tu tangan dah naik kebas pegang video lelame huhuhuh...ye laa...kita ni bukan amatur..main hentam keromo je amik guna camera hp ;p
cuba2 la enjoy nengok yea~~..sapa2 yg rasa kaki joget, kaki ronggeng, kaki nopeng...hentak je kaki!!! yeebaaahhhh!!!!!!..kekekekekek...

That's all folks --<-@ luv u mayuh-mayuh...
~inTan910~

No comments: