Wednesday, September 14, 2011

Mak Bidan Terjun...

Huk Huk Huk.....
Tanggal 31 Ogos lepas tepat pukul 3 pagi, aku menjd bidan terjun kepada Scarlet..Siap pakai sarung tangan, pakai topeng hikhikhik... Budak tu pernah beranak sebelum ni tapi mcm tak pernah beranak. Bila babies keluar bukan tahu nak makan sarung, nak putus tali pusat, nak makan tembuni anak2 dia... Ada 4 ekor anak dia..puas gak aku hulur2 anak dia suh dia urus anak dia tapi mcm nak taknak je. Last2 aku gak yang jd tukang gunting tali pusat anak2 dia..
Bila dah siap semua, aku tinggal kan dorang sambung bermasak pulak... Ye la kan, sang somi nk buat open house pkl 10 pagi, so terpaksa la aku bermasak awal pagi. Sebab tu sempat lagi jadi bidan huhuhu...
Pagi tu, dlm pukul 9.30, lepas kemas rumah, aku jenguk bebudak kat belakang. Dah kering bulu dorang, tersusun je nyusu kat mak dia. Bila Scarlet tengok aku, terus dia dgn nada manja menegur aku sambil hulur tangan dia.. nak kena belai la tu... Ye la...Ye la... Meh sini mami belai.... terbalik2 mata dia syiok sangat kena belai hehehe...
Anak2 belum tahu lagi si Scarlet tu beranak sampai la Along terdengar bunyi anak kucing baru la dorang tahu mak dorang nih jadik BIDAN MERDEKA! Siap letak nama :
1)Ogos
2)Merdeka
3)Syawal
4)Raya

Ceehhhhhhhhh.......................

No comments: